Apakah perbezaan di antara Skim Takaful CUEPACS 36 penyakit kritikal dan CuepacsCare?

Takaful CUEPACS 36 Penyakit Kritikal akan membuat bayaran jumlah yang diinsurankan secara sekaligus apabila anda didiagnosis sesuatu penyakit kritikal yang disenaraikan dalam 36 jenis penyakit kritikal, kecacatan kekal atau separa akibat penyakit/kemalangan, kematian biasa/kemalangan, khairat kematian dan elaun harian kemasukan hospital. Caruman bulanan dalam Akaun PesertaTakaful CUEPACS ditambah dengan keutungan jika ada, akan dikembalikan apabila skim ini matang pada umur 65 tahun, sebagai simpanan masa tua. Manakala CuepacsCare akan membiayai perbelanjaan sebenar untuk rawatan dan pembedahan(tertakluk kepada had maksima) jika dimaksukkan ke hospital. Caruman bulanan akan hangus, tiada simpanan untuk masa depan.

Siapakah yang layak menyertai Skim Takaful CUEPACS 36 Penyakit Kritikal?

Kakitangan-kakitangan perkhidmatan awam, pasangan dan anak.

Adakah saya dikehendaki menjalani pemeriksaan perubatan?

Tidak perlu untuk perlindungan RM 50,000 pertama. Perlindungan lebih dari RM 50,000 bergantung kepada kesihatan peserta.

Bilakah Insurans/Kontrak saya akan berkuatkuasa?

Perlindungan insuran akan berkuatkuasa selepas sebulan daripada potongan gaji pertama.

Adakah saya akan mendapat pembayaran balik pada tarikh tamat perlindungan?

Ya. Wang dalam Akaun Peserta ditambah hasil keuntungan, jika ada, akan dikembalikan.

Adakah saya akan mendapat pelepasan cukai pendapatan?

Ya. Tertakluk kepada syarat LHDN, maksimum RM 6,000 setahun.

Bolehkah ahli/pasangan/anak-anak ahli memohon untuk menambahkan caruman mereka
lebih dari RM50?

Boleh. Caruman pasangan / anak tidak boleh melebihi caruman ahli.

Bilakah perlindungan saya akan matang?

Pada umur 65 tahun.

Apa yang akan berlaku sekiranya saya menamatkan penyertaan separuh jalan?

Anda Hanya mendapat wang tabungan dalam Akaun Peserta ditambah hasil keuntungan, jika ada.

Bolehkah saya mengeluarkan amaun Akuan Peserta dan meneruskan penyertaan pelan Takaful CUEPACS ini?

Boleh. Setiap 3 tahun sekali.

Bolehkah anak angkat saya turut menyertai pelan Takaful CUEPACS ini?

Boleh.

Bagaimanakah ahli yang telah bersara sebelum umur 60 tahun atau selepas bersara membayar sumbangannya?

Boleh bayar dengan cek atau melalui akaun bank.

Bolehkah saya membuat tuntutan ke atas skim Takaful Cuepacs 36 Penyakit Kritikal jika saya mempunyai plan insuran/takaful lain?

Boleh. Skim ini tidak bertindih dengan insuran / takaful yang sedia ada.